Assalamualaikum!
So today, i'm not feeling so well, lagi2 pukul 8 tadi (normal untuk mahasiswa mahasiswi yang ada kelas pukul 8 yang banyak sem ni), dengan pakej istimewa sakit kepala n perut yg datang bertandang dengan dahsyat, so Alhamdulillah dah okay lepas dah telan ubat n tidur. Biasalah tu memang ubat dia, makan ubat, amik segala bantal teddy bear, selubung n zzzz. Bila bangun baru rasa fresh. Bukan sekadar itu sahaja, tadi lecturer ada bagi kuiz utk Mathematical Programming n aku rasa nilah kali pertama aku fail utk habiskan kuiz dalam tempoh masa yg diberikan.. Duk tahan sakit duk fikir nak balik bilik, tapi nasib baik lah sempat sketch graph. Tak sempat nak cari isoprofit line ngn maximum value..berhuhuhu lah aku keluar kelas dengan muka ketat n and keluar pi makan jap n balik zzzzzz..
But that's not it, there was something happened this morning at Bangunan Asasi ASPER when i was about to buy some nuggets for my breakfast. Kat ASPER ni, ada macam2 jugak lah gerai makan. Gerai Shawarma, nasi lemak, kuih muih, jajans, air, coffee, biasanya area sini memang budak2 asasi yang lepak since kt cni kelas diorang pun, tapi kami yang degree student ni menumpang je la, kelas pun area situ jugak. Ada sorang brader ni, aku tak sure dia student ke apa but tgk gaya, nampak mcm student. Mungkin student master or student degree, aku tak pasti. Brader ni jual kuih kat area situ lah, sambil tu aku ada nmpk dia pegang buku bahasa Jepun (amik subjek tu la kot) sementara tggu orang duk bayar duit kuih kat dia. Okay la, aku pun pilih la nugget ngn kuih sikit and bayar.. Tak lama kemudian, menyusul dua ke tiga orang pelajar perempuan lain menyusul selepas aku bayar.. Nak bayar lah jgak duit kuih tu. Dah bayar apa semua, time otw nak duduk kat kerusi, dengar soksek yang mengatakan bahawa "tak maju mana pun kalau abang ni stay kt tahap ni" i was like, dahlah mood aku tengah swing sakit kepala then kau pi cakap macam tu.. Takleh nak kata apa, aku duk dan makan nugget aku dengan rakus je la -.- sambil sembang ngn coursemate pasal IKEA lols. Okay simple je kan cerita aku, takde apa sangat.
Apa yang aku cuba (cuba) nak sampaikan di sini is, kita semua kne didik diri kte for not to judge people, no matter how bad it looks (k lah fine aku rasa budak2 perempuan tu maybe tengah stress kot baru lepas kne tinggal dgan boyfriend ke apa ke that's why diorang cakap mcm tu) but at least brader tu usaha jgak kot nak cari duit or tolong apa2 yang patut. Selalu aku tekankan kat siapa2, tak kisahlah aku kenal ke tak, usaha tu penting. Kau cuma duduk situ and doa semoga keajaiban bakal berlaku, memang tak jadi apalah. And tolong jangan sesekali memperlekehkan seseorang sebab kau tengok dia buat bnda yang kau agak tak sepatutnya dia buat. Every single of us have our own struggle, yang membezakannya, cuma kau boleh tengok ataupun tidak. Setidak-tidaknya, doakanlah yang baik-baik utk diorang. Tolong diorang kalau boleh n kalau kau mampu, lagi2 kalau melibatkan orang yang kau sayang, keluarga kau, kwan2 kau, insyaAllah nanti satu hari Allah balas balik dengan sesuatu yang kau takkan jangka. Another thing, whenever you help people, buatlah dengan seikhlas mungkin. Ni lagi satu benda, serius aku cakap, kalau kau buat ikhlas, lama kelamaan kau takkan rasa bengang or marah dengan these people no matter what happen.. Contoh aku bagi, perhubungan ataupun persahabatan. Pernah dulu masa sekolah, aku gaduh dengan kawan2 aku. Bukan kawan biasa, tapi kawan baik sendiri. Duk hentak pintu, duk nangis belakang perhimpunan. Tapi apa yang membuatkan kami bersatu kembali adalah disebabkan oleh kasih sayang n keikhlasan dalam hubungan tu. Allah ada, Dia lebih memahami. Prinsip hidup aku, just don't stop giving and make every single thing that happened in your life as a positive thing. Means jangan mengeluh, jangan fikir buruk and so on. Grab those chances! Perbaiki kelemahan diri, terima apa yang orang tegur. InsyaAllah, kegembiraan akan menyusul n kebahagiaan akan menemani.